Search

Pembaca meter TNB Cedera Digigit Anjing

  • Share this:

Pembaca meter TNB Cedera Digigit Anjing

Seorang pembaca meter elektrik TNB, dilaporkan cedera selepas digigit anjing ketika bertugas di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria, Johor Bahru, tengahari semalam.

Ketika kejadian mangsa dipercayai telah diterkam oleh anjing yang meluru keluar apabila pintu pagar kecil dibuka oleh cucu pemilik rumah tersebut.

Mangsa dan anak pemilik anjing telah bergelut dengan anjing tersebut untuk beberapa minit sebelum anjing melepaskan gigitan.

Mangsa kemudiannya meminta bantuan di dalam grup whatsapp dengan menghantar gambar telah digigit anjing sebelum dibawa mendapat rawatan.

Setelah rawatan di sebuah klinik berdekatan kemudiannya menasihatkan mangsa untuk membuat xray kerana mendapati lengan tangan kanan bengkok dikhuatiri retak/patah semasa kejadian bergelut.

Mangsa mengalami luka akibat gigitan di lengan tangan kanan yang agak serius, beberapa kesan gigitan di siku kiri dan ibu jari tangan kanan, luka di ibu jari kaki kiri.

Beliau telah dibawa ke HSI untuk membuat xray dan rawatan lanjut. Mangsa akan membuat laporan polis setelah selesai mendapat rawatan di HSI. - VOICE


Tags:

About author
Disebalik nama pena Pakar Diari Hati (PDH), nama diberi diberi mama dan ayah ialah Aidil Sahipaludin. Passion saya menulis, diari ini catatan peribadi saya untuk inspirasi, peringatan, pengajaran, hiburan dan ilmu dikongsi bersama. Doakan jodoh, rezeki, dan kebaikan berpanjangan agar tulisan-tulisan ini terus hidup bersama kalian.
Laman perkongsian rasmi Pakar Diari Hati (PDH). Saya menulis dengan hati agar dapat menyentuh hati-hati yang membacanya - Guru, Penulis & Motivator.
View all posts